Kongsi Foto Di Majlis Kahwin Aktres Indonesia… Warganet Spekulasi Jejaka Ini Sedang Rapat Dengan Anna Jobling?

Kongsi Foto Di Majlis Kahwin Aktres Indonesia… Warganet Spekulasi Jejaka Ini Sedang Rapat Dengan Anna Jobling?

Pelakon popular, Anna Jobling mencuri perhatian selepas berkongsi foto hadir ke majlis perkahwinan aktres Indonesia, Amanda Rawles, baru-baru ini.

Namun, bukan hanya kehadiran Anna yang mencuri tumpuan tetapi kelibat seorang jejaka yang didakwa sedang rapat dengan dirinya, Karel Susanteo, turut menjadi perbualan hangat di media sosial.

Karel bukanlah orang asing kerana dia merupakan adik kepada pengantin lelaki, Adriel Susanteo.

 

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, ramai netizen mendakwa Karel adalah individu istimewa dalam hidup pelakon kacukan Melayu Inggeris itu.

Spekulasi hubungan mereka kembali hangat apabila pasangan itu dilihat hadir bersama pada majlis besar keluarga Karel.

Malah, kedua-duanya juga sempat merakamkan foto bersama sekaligus menguatkan lagi andaian pasangan ini sedang rapat.

Difahamkan, Karel juga dahulunya merupakan seorang artis boyband, Super7 dan kini bergelar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Anna mahupun Karel berhubung status sebenar hubungan mereka.

Namun, rata-rata peminat memberikan sokongan dan mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.

 

Scroll to Top