Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menyorot perhatian selepas berkongsi hantaran di media sosial miliknya.
Menerusi foto hitam putih yang dimuat naik, pelantun lagu Peluang Kedua itu berkongsi beberapa foto menunjukkan keadaan keretanya yang didakwa terlibat kemalangan.
“Not the Friday I ordered,” tulisnya ringkas.
Meskipun tidak mengulas dengan lebih lanjut mengenai kejadian sebenar, rata-rata peminat dan rakan selebriti meninggalkan pelbagai respons pada hantaran berkenaan dan mendoakan agar segala urusan Nabila dipermudahkan.