Kongsi Foto Mesra, Jejaka Turkiye Kekasih Baru Ira Kazar?

Kongsi Foto Mesra, Jejaka Turkiye Kekasih Baru Ira Kazar?

Pempengaruh, Ira Kazar sekali lagi mencuri tumpuan selepas berkongsi sebuah foto mesra bersama seorang jejaka tampan.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Ira yang merupakan anak kepada pelakon senior, Kazar Saisi ini dilihat manis tersenyum bersama jejaka yang dikenali sebagai Sirac Kaya.

Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah jejaka tersebut dipercayai berasal daripada Turkey kerana dia menulis gambar bendera negara tersebut di profil Instagram (IG).

Sebelum ini, Ira memberi bayangan sedang hangat menyulam cinta selepas dia menjawab soalan individu bertanya sama ada dia mahu mencari pengganti hidup.

Bekas isteri pengarah dan pelakon ini dengan ringkas mengatakan ‘tengah gaduh’ seolah-olah mengakui sudah menemui pengganti.

Scroll to Top