Penyampai radio, Neera Azizi, berkongsi berita gembira selepas selamat menimang cahaya mata sulung semalam.
Selamat lahirkan cahaya mata pertama

Di Instagram, Neera memuat naik gambar bayi perempuannya yang dibedung dengan kain merah bercorak bunga, namun wajahnya dilindungi dengan emoji hati merah.

“24/3/26 our little princess has arrived,” tulisnya di kapsyen.
Artikel lain: Neera Azizi mohon maaf isu gender reveal depan Kaabah – “Tanpa sedar dilihat kurang beradab”
Untuk rekod, Neera mendirikan rumah tangga bersama suami, Muhammad Hafizi yang merupakan seorang mutawif pada Julai tahun pada 11 Julai tahun lalu dalam satu majlis tertutup di Subang Jaya, Selangor.
Pada Oktober tahun lalu, pemilik nama Nurazneera Azizi, 27, mengumumkan berita gembira mengenai kehamilan anak sulungnya pada usia kandungan 13 minggu.
Sumber: Instagram neeraazizi




