Usahawan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor menarik perhatian selepas memuat naik sepotong video pendek di laman Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, Neelofa kelihatan bersama suaminya, pendakwah bebas terkenal Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz, berkongsi momen menaiki penerbangan Malaysia Airlines ke Singapura bagi menghadiri majlis perkahwinan abang iparnya, yang juga suami kepada penyanyi Aisyah Aziz.
Video berdurasi lebih dua minit itu memaparkan suasana sekitar majlis akad nikah Aisyah dan Dr. Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail, yang turut disaksikan ahli keluarga kedua-dua mempelai serta kenalan rapat.
Dalam majlis yang diadakan secara sederhana namun penuh intimate itu, Neelofa kelihatan sebak apabila menyaksikan Aisyah bersalaman dan berpelukan dengan keluarganya dalam satu momen yang begitu menyentuh hati.
Terdahulu, pada Jumaat lalu, Aisyah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Dr. Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Singapura.
Untuk pengetahuan, jejaka yang berjaya menawan hati Aisyah, atau nama penuhnya Nur Aishah Aziz, 31, ini merupakan abang kepada PU Riz, sekali gus menjadikan penyanyi tersebut biras kepada Neelofa.
ARTIKEL BERKAITAN:Aisyah Aziz Kini ‘Biras’ Neelofa, Selamat Nikahi Abang PU Riz
ARTIKEL BERKAITAN:“Majlis Sederhana Persis Yang Kami Impikan” – Aisyah Aziz Luah Rasa Syukur, Doa Perkahwinan Sentiasa Berlandaskan Iman & Cinta