Tidak dinafikan, sekarang ini masyarakat Malaysia makin kreatif ‘gubah’ sesuatu resepi mengikut citarasa masing-masing walaupun kelihatan agak aneh dan tidak pernah dibuat orang.
Ini termasuklah resepi pencuci mulut, aiskrim yang sememangnya menjadi kesukaan ramai sehingga mempelbagaikan perisa seperti gula apong, nutella, choki-choki, green tea, cheese dan banyak lagi.
Terbaharu, tular sebuah video memaparkan satu lagi resepi yang menyajikan perisa ‘rare’ iaitu aiskrim petai dikongsikan di aplikasi TikTok, baru-baru ini.
Menerusi hantaran dikongsikan oleh @zamaiskrim, pengguna tersebut berkongsi resepi mudah membuat aiskrim perisa petai yang pastinya lain daripada yang lain.
Dalam video berkenaan, menunjukkan bahan dan cara-cara untuk membuat aiskrim petai yang boleh dicuba pengguna di rumah.
@zamaiskrim Jom kita buat Aiskrim Petai hari ni😍 #aiskrim #carabuataiskrim #aiskrimviral #aiskrimmalaysia
“Masukkan air 300ml, 2 sudu tepung jagung, buka api, masak hingga jernih, masukkan susu 300ml, masukkan 60 gram gula, setengah sudu pewarna hijau, kacau sehingga sebati,”ujarnya.
Seterusnya, kesemua bahan dikisar sebelum dimasukkan dalam peti sejuk selama lima jam buat seketik. Kemudiannya, dibawa keluar semula dan masukkan ovalette untuk dikisar sehingga kembang menggunakan mesin pengadun.
Langkah terakhirnya, masukkan dalam peti sejuk dan biarkan seketika sebelum dihidangkan.
Tidak kurang juga ada netizen berseloroh dengan memberi cadangan supaya pengguna tersebut membuat aiskrim berperisa sambal belacan, sambal udang, jering, tempoyak dan banyak lagi menu dinyatakan.
Sementara itu, @zamaiskrim menjawab pertanyaan ramai mengenai rasa aiskrim perisa petai dan mendedahkan tahap kesedapan adalah kosong daripada lima bintang.
@zamaiskrim #CapCut Ramai yang tanya mcmner rasa aiskrim petai ni? ni jawapannya..#aiskrim #aiskrimviral #fyp
Bagi mereka yang masih tertanya dan terbayang akan keenakan aiskrim petai, korang bolehlah cuba resepi yang diberikan untuk membuat penilaian sendiri.
Selamat mencuba!
Sumber: TikTok @zamaiskrim