Kongsi rezeki Syawal, Alha Alfa serah RM60,0000 kepada Nadir Al-Nuri buat CGM

Kongsi rezeki Syawal, Alha Alfa serah RM60,0000 kepada Nadir Al-Nuri buat CGM

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Alha Alfa atau nama sebenarnya, Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil telah berkongsi rezeki sempena Syawal kepada saudara-saudara kita di Palestin apabila menyampaikan sumbangan melalui Pertubuhan Cinta Gaza Malaysia.

Buat persiapan baju raya

Menerusi perkongsian beliau di media sosial, Alha telah menyerahkan replika Cek bernilai RM60,000 kepada Tuan Nadir Al-Nuri buat CGM untuk kegunaan rakyat di sana membuat persediaan pakaian raya di Aidilfitri.

Alhamdulillah, dengan keberkatan Ramadan dan menjelang Syawal yang penuh makna kemaafan dan kegembiraan, kami di Alha Alfa Cosmetics dan pekaabayaalhaalfa berpeluang menyumbang RM60,000 kepada Cinta Gaza Malaysia bagi penyediaan pakaian Raya buat saudara-saudara kita di Palestin,” tulisnya.

Rezeki dikongsi bersama

Jelasnya, hakikat Syawal yang sebenar bukanlah hanya untuk kita sahaja, tetapi buat dikongsi kepada mereka yang memerlukan.

Jadi, sokongan kecil yang ditunjukkan ini menjadi bukti sokongan tidak terbelah bahagi kepada mereka supaya ada sinar untuk meneruskan kehidupan di sana.

“Hakikatnya, kegembiraan Syawal bukan hanya tentang apa yang kita miliki, tetapi tentang apa yg kita mampu kongsikan.
“Setiap sokongan anda adalah asbab kita membawa sedikit sinar buat mereka di sana,” tulisnya.

Susulan daripada itu, Alha berharap agar usaha yang diberikan ini menjadi saksi keberkatan Ramadan kita semua.

Dalam pada masa yang sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong produk keluarannnya sepanjang Ramadan ini dan berharap segala pembelian tersebut mengalir menjadi pahala kita bersama.

Sumber: Instagram alhaalfa

Scroll to Top