Kongsi Surah An-Nur Sebagai Peringatan, Hafidz Roshdi Jawab Tuduhan Fitnah – “Kebenaran Tak Perlukan Suara Lantang Untuk Dibuktikan”

Kongsi Surah An-Nur Sebagai Peringatan, Hafidz Roshdi Jawab Tuduhan Fitnah – “Kebenaran Tak Perlukan Suara Lantang Untuk Dibuktikan”

Pelakon Hafidz Roshdi menepis tuduhan fitnah terhadap dirinya seperti yang tular di media sosial.

Menerusi perkongsian di Instagram, Hafidz berkata dia tidak berniat membuka aib atau atau menambah luka sesiapa namun, dia mahu  menegaskan bahawa fitnah tersebut adalah tidak benar.

“Saya menyedari wujudnya tuduhan dan fitnah yang disebarkan terhadap diri saya secara terbuka.

“Saya tidak berniat membuka aib sesiapa atau menambah luka, namun saya ingin menegaskan bahawa fitnah tersebut tidak benar.

“Saya menyerahkan sepenuhnya urusan ini kepada Allah SWT Tuhan yang Maha Mengetahui segala yang zahir dan tersembunyi,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Hafidz juga dilihat berkongsi petikan surah An-Nur bertujuan sebagai peringatan buat dirinya dan semua pihak yang terlibat.

Meskipun enggan mengulas lanjut, pelakon drama Melastik Ke Hatimu 2 itu berkata, diam tidak bermaksud kalah, tetapi keyakinan bahawa kebenaran tidak memerlukan suara lantang untuk dibuktikan.

 

 

Scroll to Top