Usahawan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor mencuri perhatian selepas berkongsi sepotong video pendek menerusi hantaran di media sosialnya.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di Instagram, Neelofa berkongsi tentang tips pertahanan diri untuk wanita lengkap dengan demonstrasi ringkas bersama seorang jurulatih yang dieknali sebagai @bennyyenny atau nama pengkapnya, Faeznur Farok.
Namun, hantaran tersebut mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen mengenai dakwaan dia kini sedang hamil anak ketiga apabila penampilannya itu kelihatan sedikit berisi seakan menampakkan ‘baby bump’ nya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Neelofa meninggalkan pelbagai respons pada hantaran berkenaan.
Ini termasuklah, perubahan fizikalnya dan juga manfaat yang diperolehi hasil kandungan video yang dikongsikan.









