Kongsi ‘update’ tentang kes Bella, wujud akaun Telegram pertahankan OKT?

Kongsi ‘update’ tentang kes Bella, wujud akaun Telegram pertahankan OKT?

Sejak pagi tadi, tular di media sosial apabila akaun Instagram Jabatan Netizen Negara memuat naik beberapa tangkapan layar satu group Telegram yang mengupas isu kes penderaan adik Bella.

Difahamkan, group tersebut dibuat lebih merujuk kepada ‘team’ Orang Kena Tuduh (OKT) yang meragui kenyataan dari pihak saksi dalam kes berkenaan.

Dalam group Telegram yang menggunakan nama akaun Bainun & Bella Story,  tangkapan layar tentang mesej yang menyangkal beberapa fakta diketahui umum telah dikongsikan.

 

Difahamkan juga, group tersebut telah ditubuhkan pada 20 April 2022 dan setakat hari ini lebih daripada 9,000 subscibers telah mengikuti laman tersebut.

Tak hanya itu, dalam salah satu perkongsian di dalam group berkenaan, ada pihak mendakwa video yang dirakam ‘mommy’ atau Zurianty Sudin ketika kali pertama bertemu Bella adalah lakonan semula.

“Mudahnya netizen dipermainkan dengan konten sedih video lakonan semula,”
“Semudahnya rakyat Malaysia dipermainkan dengan bahayanya kobid dengan petugas berPPE penuh badan,” admin Telegram.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sejauh mana kesahihan  setiap hantaran dalam group tersebut kerana kes juga masih dalam perbicaraan.

Selain itu, pihak Hakim juga  telah meminta orang ramai supaya tidak menggangu kelancaran prosiding dengan pelbagai kenyataan-kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan.

Sumber: Instagram jabatannetizennegara20