Kongsi video bersalin, Elfira Loy dipuji-“Tenangnya, tak menjerit masa meneran…”

Baru-baru ini, pelakon Elfira Loy berkongsi sebuah video detik indah apabila suaminya, Faris Khairol Anuar menyambut sendiri kelahiran anak perempuan mereka di laman Instagram.

Perkongsian video itu sebenarnya didedikasikan oleh Elfira kepada suami bersempena dengan sambutan Hari Bapa pada Ahad lalu selain menitipkan ucapan terima kasih kerana menjadi seorang ayah terbaik untuk anak-anak mereka.

“Kepada suami tercinta, ayah kepada anak-anak saya, Selamat Hari Bapa, Faris Khairul Anuar.

“Terima kasih kerana berusaha menjadi seorang ayah yang hebat kepada anak-anak tercinta kita, Muhammad Rayyan Khalaf dan Nur Aria Mikayla.

“Kami amat menyayangi dirimu walau seteruk mana pun kamu. Anda masih hebat”tulisnya.

Pun begitu, perkongsian video tersebut meraih pujian di kalangan warganet di mana selebriti itu langsung tidak menjerit semasa ketika melahirkan anak perempuannya.

Untuk rekod, Elfira dan Faris mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad Rayyan Khalaf 2 tahun dan Nur Aria Mikayla yang dilahirkan pada 20 Mei lalu.

Sumber: Instagram @elfiraloy