Kongsi video minum dalam botol susu, Baby Shima buat ramai fikir ‘bukan-bukan’

Kongsi video minum dalam botol susu, Baby Shima buat ramai fikir ‘bukan-bukan’

Tindakan penyanyi sensasi, Baby Shima menikmati sejenis minuman yogurt dalam reka bentuk botol susu bayi meraih perhatian ramai pengikutnya di laman Instagram.

Menerusi sebuah perkongsian video baru-baru ini, penyanyi berusia 31 tahun itu meluahkan rasa letih ketika berjalan dipercayai di sebuah pusat beli-belah sebelum duduk sebentar sambil meminum air tersebut.

“Penat jalan-jalan. Haus,” tulisnya ringkas.

Sebelum itu, Baby Shima ada memuat naik satu video lagi sewaktu dia membeli minuman yogurt berkenaan yang dianggap comel serta unik untuk diminum.

Meninjau di ruangan komen, ramai dalam kalangan peminatnya meninggalkan pelbagai reaksi seolah-olah terhibur dengan gelagat spontan penyanyi lagu Roadblock Hatiku itu.

Bagaimanapun, tidak kurang terdapat juga individu yang mula ‘berfikiran jauh’ apabila melihat tindakan Baby Shima meminum botol susu tersebut.

Terdahulu, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli hilang sabar apabila diganggu seorang lelaki miang menerusi kiriman mesej peribadi atau ‘direct message’ di Instagram.

Tidak berdiam diri, dia mendedahkan mesej berbaur lucah yang dihantar kepadanya selain wajah lelaki berkenaan secara umum.

Sumber: Instagram Baby Shima