am@hmetro.com.my
Kulim: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun memberi alasan terpaksa memandu tanpa lesen untuk membawa bapanya yang sakit ketika ditahan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), semalam.
Bagaimanapun alasan itu hanyalah helah dan ditahan anggota JPJ terbabit untuk tindakan lanjut.
Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, remaja yang memandu kereta Perodua Kancil itu ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh JPJ Cawangan Sungai Petani, jam 12.45 tengah hari semalam di Jalan Sungai Seluang.
Beliau berkata, pemeriksaan mendapati remaja terbabit memandu kenderaan tanpa memiliki lesen memandu yang sah kerana belum mencapai umur kelayakan, sekali gus melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Stien berkata, remaja lelaki itu dikenakan saman kerana memandu di bawah umur manakala bapanya juga turut disaman JPJ.
Bagaimanapun kereta Perodua Kancil itu tidak disita dan pemeriksaan lanjut mendapati cukai jalan kenderaan itu masih aktif.
© New Straits Times Press (M) Bhd




