Konsert mega rai perjalanan dua dekad MR D.I.Y

Konsert mega rai perjalanan dua dekad MR D.I.Y

KUALA LUMPUR – Peruncit perkakas rumah kegemaran rakyat Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad (MR D.I.Y.) terus menghargai pelanggan setianya dengan penganjuran konsert bersama barisan artis legenda tanah air sempena ulang tahun yang ke-20.

Naib Presiden Pemasarannya, Alex Goh berkata, penganjuran konsert tersebut bukan sekadar ingin menghargai pelanggan setia mereka tetapi meraikan perjalanan syarikat itu selama dua dekad di Malaysia.

Menurutnya, malam istimewa tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan cahaya laser yang menakjubkan, bunga api, aktiviti-aktiviti menyeronokkan dan cabutan bertuah.

Selain itu, Menara Merdeka 118 turut disinari cahaya khas untuk meraikan perjalanan dua dekad syarikat tersebut.

“Dari pelanggan dan pembekal hinggalah kakitangan kami, sokongan anda telah menjadikan pertumbuhan ini satu kenyataan. Kami bangga menjadi sebahagian daripada kehidupan harian anda.

“Kami akan terus berusaha untuk menawarkan lebih banyak nilai, kegembiraan dan impak kepada komuniti. Ulang tahun ini mengingatkan kami sejauh mana kami telah melangkah dan betapa banyak lagi yang boleh dicapai bersama. Terima kasih Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Konsert ulang tahun yang penuh bertenaga, menampilkan barisan legenda muzik tanah air termasuk Shila Amzah, Jaclyn Victor, Amy Search, Awie, Ella, Penny Tai, Jeryl Lee dan kumpulan trio pop 3P.

Sementara itu, Alex berkata, bagi meraikan ulang tahun ke-20 MR D.I.Y. mereka turut mengadakan promosi hebat di seluruh negara sepanjang bulan Julai.

Tambahnya, pelanggan boleh menikmati diskaun hingga 50 peratus untuk lebih 130 barangan keperluan rumah dan makanan.

“Dari 25 hingga 31 Julai, pelanggan juga boleh menyertai peraduan ‘Gores & Menang’ dengan hadiah bernilai hingga RM2 juta, termasuk iPhone 16, robot AI, baucar tunai RM1,000, beg tangan Louis Vuitton dan bar emas 10 gram,” katanya.

Scroll to Top