Legenda bola keranjang China, Yi Jianlian, sekali lagi menjadi perhatian ramai, namun kali ini bukan kerana kehebatannya di gelanggang. Bekas bintang NBA yang kini berusia 36 tahun itu dilaporkan terlibat dalam skandal seks yang mengejutkan ramai pihak.
Lebih mengejutkan, Jianlian dikatakan sanggup membayar sejumlah wang untuk mendapatkan khidmat pelacur.
Skandal ini terbongkar apabila perbualan WeChat antara Jianlian dan wanita terbabit tersebar pada 17 Oktober lalu.
Dalam perbualan tersebut, wanita itu mendakwa memiliki gambar bogel dan salinan kad pengenalan Jianlian.
Menurut sumber, Jianlian didakwa menggunakan khidmat pelacur tersebut di sebuah hotel di China. Akibat pendedahan skandal ini, Jianlian dilaporkan kehilangan beberapa kontrak iklan dengan jenama terkenal, sekaligus menjejaskan reputasinya sebagai ikon sukan negara.
Peristiwa ini mengingatkan kita bahawa tiada siapa yang kebal dari kesilapan, walaupun seorang atlet berstatus legenda. Sebagai individu awam, lebih baik kita menjaga tingkah laku dan integriti, kerana segala tindakan kita mempunyai akibat.
Buat para selebriti dan orang berpengaruh, ingatlah bahawa imej dan reputasi perlu dijaga sebaik mungkin. Jangan sampai satu kesilapan merosakkan segalanya!




