PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan kontrak pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon adalah sehingga 2025.
Menurutnya, Pan-gon akan terus mengemudi skuad negara sehingga tarikh tersebut di sebalik desas-desus yang mengatakan bahawa kontrak pengendali kelahiran Korea Selatan itu akan berakhir Januari tahun depan.
“Kontrak Pan-gon sehingga 2025,” katanya dalam satu sidang akhbar khas baru-baru ini.
Pan-gon dilantik sebagai pengendali Harimau Malaya pada 21 Januari tahun lalu dan telah terbukti berjaya membawa Harimau Malaya meraih banyak keputusan positif dalam aksi antarabangsa.



