“Korang Janganlah Simpati Sangat Dengan Takdir Orang TTC Macam Saya” 

“Korang Janganlah Simpati Sangat Dengan Takdir Orang TTC Macam Saya” 

Pelakon Janna Nick meminta orang ramai tidak agar tidak terlalu bersimpati dengan dirinya yang sedang melalui proses TTC (mencuba untuk hamil).

Menerusi perkongsian di Threads, Janna berkata dia reda dan yakin dengan perancangan Allah yang mengatur rezeki zuriat buatnya dan suami.

BACA: “Aku Tak Nak Tanya Apa-Apa, Harini Kita Makan Je” – Janna Nick Harap Azar Tak Hilang Lagi

“Korang Janganlah Simpati Sangat Dengan Takdir Orang TTC Macam Saya” 

“Korang janganlah simpati sangat dengan takdir orang TTC macam saya ni. Saya okay je. Saya reda dengan ketentuan Allah SWT, dan saya yakin dengan perancangan-Nya. Allah tahu yang terbaik untuk kita,” tulisnya.

Sementara itu, Janna berkata sudah pasti akan ada masanya dia turut merasa sedih dan adakalanya tidak dapat mengawal emosi.

“Sedih sikit-sikit itu biasalah. Ada momen-momen macam itu yang datang dan pergi. Kadang-kadang memang tak boleh nak control (kawal).

“Hidup berdua saja pun tak ada sendu sangat, Bosan-bosan, boleh travel tanpa perlu fikir cuti sekolah anak. Tapi, seriously saya okay,” katanya.


Scroll to Top