Korea Selatan salur bantuan kemanusiaan bernilai AS$500,000 kepada Iran

Korea Selatan salur bantuan kemanusiaan bernilai AS0,000 kepada Iran
Korea Selatan salur bantuan kemanusiaan bernilai AS0,000 kepada Iran

Bantuan kemanusiaan itu dirancang untuk disalurkan melalui Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa.

SEOUL – Korea Selatan memutuskan untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan bernilai AS$500,000 kepada Iran yang dilanda konflik, atas permintaan organisasi antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menurut Kementerian Luar negara itu pada Selasa, lapor Agensi Berita Yonhap.

Bantuan kemanusiaan itu dirancang untuk disalurkan melalui Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), menurut kementerian itu sambil menyatakan harapan agar sokongan berkenaan dapat membantu meringankan situasi kemanusiaan.

Langkah itu diambil selepas Seoul menghantar utusan khas ke Teheran pada hujung minggu lepas ketika Korea Selatan berusaha memastikan keselamatan kapal dan anak kapal yang berkaitan dengan negara itu yang masih terkandas di Selat Hormuz.

Bulan lepas, Korea Selatan menyalurkan bantuan kemanusiaan bernilai AS$2 juta kepada Lubnan. – Bernama-Yonhap

 

 

 

Scroll to Top