Korea Selatan terus genggam pingat emas memanah berpasukan lelaki

Korea Selatan terus genggam pingat emas memanah berpasukan lelaki

Paris: Korea Selatan terus menguasai acara memanah di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila merangkul emas dalam acara memanah berpasukan lelaki dengan menewaskan tuan rumah 5-1.

Kemenangan itu terus memastikan Korea Selatan sebagai negara yang sukar ditewaskan dalam sukan memanah.

Hal ini kerana pasukan lelaki Korea Selatan sudah memenangi tujuh daripada 10 pingat emas sejak acara itu diperkenalkan pada Olimpik 1988 di Seoul.

Sebelum itu, pasukan wanita Korea Selatan memenangi emas kesepuluh berturut-turut mereka selepas perlawanan cukup sengit menentang China.

Perancis terpaksa berpuas hati dengan pingat perak manakala Turki membawa pulang gangsa.

Pasukan Perancis yang mendapat sokongan padu daripada penyokong yang ramai di Esplanade des Invalides, memberikan tentangan sengit dalam set pertama dengan kedudukan seri melawan Korea Selatan, memberikan setiap pasukan satu mata set.

Namun, dominasi Korea Selatan dalam sukan ini terbukti terlalu hebat. Dalam set ketiga, pasukan lelaki Korea Selatan berjaya mengenai pusat sasaran dengan hampir kesemua anak panah mereka.

Pertemuan antara negara tuan rumah dan juara bertahan pingat emas ini mendapat sokongan yang sangat hebat dari kedua-dua pihak, dengan penonton kelihatan mengibarkan bendera Perancis dan Korea Selatan dengan sama semangat

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top