Korea Utara dakwa 1.4 juta belia sertai tenteranya

Korea Utara dakwa 1.4 juta belia sertai tenteranya

Pyongyang: Korea Utara mendakwa, 1.4 juta anak muda dan belia termasuk pelajar memohon untuk menyertai tentera, minggu ini.

Tahun lalu, media Korea Utara membuat dakwaan sama tentang rakyatnya secara sukarela menyertai tentera untuk menentang Amerika Syarikat.

“Golongan muda berazam untuk berjuang dalam perang untuk memusnahkan musuh dengan tangan revolusi,” lapor KCNA.

Korea Utara meletupkan bahagian jalan dan landasan kereta api di sebelah sempadannya yang berkubu kuat antara kedua-dua Korea pada Selasa, menyebabkan tentera Korea Selatan melepaskan tembakan amaran.

Pyongyang juga menuduh Seoul menghantar dron ke atas ibu negara Korea Utara dan kedua-dua negara bertelagah mengenai belon sampah yang terapung dari Korea Utara, sejak Mei.

Pyongyang berkata, pelancaran itu adalah tindak balas kepada belon yang dihantar aktivis antirejim di Korea Selatan.

“Jika perang meletus, Korea Selatan akan dilenyapkan dari peta.

“Oleh kerana ia mahukan peperangan, kami sanggup menamatkan kewujudannya,” kata laporan KCNA.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top