Oh! Artis
Netizen kritik fesyen Aisha Retno yang memakai corset di luar kebaya, penyanyi itu tampil beri penjelasan.
Penyanyi muda Aisha Retno baru-baru ini menerima teguran daripada seorang netizen berkenaan fesyen yang digayakannya dalam satu muzik video.
Walaupun memuji bakat nyanyian Aisha, netizen tersebut berpendapat pemakaian korset di luar kebaya dilihat kurang sesuai kerana kebaya merupakan pakaian tradisional.
Netizen tegur gaya kebaya Aisha Retno

Menerusi satu perkongsian di Threads, pengguna akaun itu berkata, sebaiknya Aisha tidak ‘bereksperimen’ dengan pakaian tradisional.
Lagu sedap dah, suara pun sedap, seriously memang berbakat menyanyi dan buat lagu. Tapi, not sorry to say, corset di luar kebaya tu sangat fugly af. Pakaian lain boleh lah nak bereksperimen, tapi bila pakaian tradisional, better keep it traditional, as a sign of respect too.
Menurutnya, lebih baik Aisha mengekalkan gaya pakaian tradisional sebagai tanda menghormati sesuatu budaya itu.
Aisha Retno beri respon balas

Tidak lama kemudian, Aisha Retno sendiri tampil membalas komen tersebut dengan nada yang santai.
Menurut Aisha, gaya tersebut sebenarnya sudah lama menjadi sebahagian daripada identiti fesyennya sejak awal penglibatan dalam industri hiburan.
Beliau juga menjelaskan bahawa lagu yang dipersembahkannya ketika itu berinspirasikan joget Portugis dari Melaka.
Jelas Aisha, dia terbuka menerima teguran dan memperbaiki pakaiannya di masa hadapan. Namun, dia mahu tahu dengan jelas bagaimana pemakaian korset dan kebaya dianggap tidak menghormati budaya.
Perkongsian tersebut kemudiannya menarik perhatian ramai dengan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.
Pssttt! Apa pun pandangan yang diberikan, perbincangan seperti ini mungkin lebih baik disampaikan secara berhemah supaya semua pihak boleh memahami perspektif masing-masing.
Kredit: Thread Aisha Retno
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




