Kos bahan api naik: Air New Zealand batal 1,100 penerbangan

Kos bahan api naik: Air New Zealand batal 1,100 penerbangan
Kos bahan api naik: Air New Zealand batal 1,100 penerbangan

Syarikat penerbangan Air New Zealand terpaksa menaikkan harga tiket untuk semua laluan. Foto Agensi

WELLINGTON – Sebuah syarikat penerbangan New Zealand pada Khamis mengumumkan ia terpaksa membatalkan kira-kira 1,100 atau lima peratus jadual penerbangan untuk tempoh dua bulan akan datang susulan kebimbangan kenaikan kos bahan api.

Ketua Eksekutif Air New Zealand, Nikhil Ravishankar berkata, langkah itu akan menjejaskan kira-kira 44,000 penumpang.

“Sebahagian besar pembatalan itu melibatkan laluan domestik. Destinasi antara New Zealand dan Amerika Syarikat (AS) bagaimanapun tidak akan terjejas susulan lonjakan permintaan untuk laluan alternatif ke Eropah,” ujarnya.

Menurut Ravishankar, bahan api jet biasanya berharga kira-kira AS$85 setong. Kini, kos telah meningkat dua kali ganda hingga menyebabkan syarikat itu terpaksa menaikkan harga tiket untuk semua laluan. – AFP

Ringkasan AI

  • Syarikat penerbangan New Zealand membatalkan kira-kira 1,100 penerbangan kerana kenaikan kos bahan api
  • Kira-kira 44,000 penumpang terjejas akibat pembatalan ini
  • Sebahagian besar pembatalan melibatkan laluan domestik
  • Destinasi antara New Zealand dan Amerika Syarikat tidak terjejas
  • Bahan api jet kini berharga dua kali ganda daripada biasa, menyebabkan kenaikan harga tiket
Scroll to Top