Kos perang Netanyahu cecah RM443 bilion

Kos perang Netanyahu cecah RM443 bilion
Kos perang Netanyahu cecah RM443 bilion

Rejim Zionis terus memperhebatkan kempen pencerobohan ke atas Lubnan.

TEL AVIV – Bank Pusat Israel mendedahkan kos perang kerajaan ‘ekstremis’ pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu untuk tempoh 2023-2026 mencecah kira-kira AS$112 bilion (RM443 bilion).

Laporan oleh Bank of Israel itu memperincikan angka tersebut berdasarkan peperangan berskala besar ke atas Genting Gaza dan Lubnan serta konflik Iran yang dilancarkan bersama Amerika Syarikat (AS) pada Jun 2025.

“Ia bagaimanapun tidak termasuk kos perang terbaharu ke atas Teheran pada 28 Februari lalu,” menurut laporan itu lagi.

Menerusi laporan berasingan, akhbar Maariv mendakwa nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah pun berada pada paras 68 peratus dan angka tersebut dijangka meningkat kepada 72 peratus menjelang 2030.

Pemerhati berpendapat peningkatan hutang akibat perang dan bayaran pampasan mungkin memaksa rejim Tel Aviv menggerakkan lebih banyak modal atau menaikkan cukai terhadap penduduk Israel yang sudah pun berdepan tekanan ekonomi. – Agensi

 

 

Scroll to Top