Semalam, kecoh di media sosial apabila petugas Stadium Nasional Bukit Jalil menolak air bertakung menggunakan penyodok sampah. Ramai mempersoalkan pihak pengurusan stadium berkenaan bagi mengatasi masalah yang dihadapi.
Pun begitu, pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengatakan mereka tidak pernah mengeluarkan mana-mana arahan kepada petugas menggunakan penyodok dan kadbod.
Menurut PSM, mereka tidak sepatutnya mengeluarkan air secara manual kerana stadium mempunyai sistem sistem perparitan yang berfungsi dengan baik untuk mengalirkan air yang bertakung di padang.
Ekoran penularan insiden memalukan itu, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil mendedahkan kos bagi menyediakan sistem saliran padang yang baik.
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh Tunku Ismail di laman Twitter miliknya, dia memaklumkan kos tersebut hanyalah sekitar RM300,000 sahaja.
Cost drainage system tak lebih dari RM300,000. Kalau alasan drainage system mahal sangat, boleh cuba method ni. Murah sikit. https://t.co/vtQLQ7KY0P pic.twitter.com/lIQXBoK1AI
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) June 11, 2022
Malah, Tunku Ismail turut memberi cadangan lain sekiranya kos sistem saluran itu terlalu mahal, iaitu menutup padang menggunakan kanvas. Menurut beliau, ia boleh mengelakkan air bertakung di atas padang.
“Kalau alasan drainage system mahal sangat, boleh cuba method ni. Murah sikit,”tulisnya di Twitter.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet dan ramai mengatakan perkara itu amat sukar untuk direalisasikan.




Untuk makluman, Tunku Ismail pernah menegur berkaitan kualiti padang SNBJ sehinggakan beliau bersedia untuk menaja kos penanaman rumput baharu, namun diendahkan begitu sahaja.
Sumber: Twitter @HRHJohorII



