KPT salur bantuan kepada susulan nahas bas bawa pelajar Upsi

KPT salur bantuan kepada susulan nahas bas bawa pelajar Upsi

khairil.ashraf@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menyalurkan segala bantuan yang diperlukan susulan kemalangan yang membabitkan warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) awal pagi tadi.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam satu hantaran di Facebooknya turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan yang membabitkan warga universiti itu.

“Salam takziah untuk keluarga mangsa kemalangan yang turut membabitkan warga Universiti Pendidikan Sultan Idris awal pagi tadi.

“Sebarang maklumat lanjut akan dikemaskini. KPT akan menyalurkan segala bantuan yang diperlukan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan 15 orang dilapor disahkan maut dalam satu kemalangan tragis membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar Upsi dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi tadi.

Menurut maklumat sumber, kejadian dilaporkan berlaku 1.10 pagi apabila pihak Hospital Gerik memaklumkan tentang kemalangan jalan raya berimpak tinggi di kawasan berkenaan.

Berita berkaitan

Nahas bas bawa pelajar Upsi: Sekurang-kurangnya 15 mangsa maut

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top