Kru Artemis II kongsi ‘sisi gelap’ bulan, imej bumi

Kru Artemis II kongsi ‘sisi gelap’ bulan, imej bumi
Kru Artemis II kongsi ‘sisi gelap’ bulan, imej bumi

Dari kiri: Hansen, Wiseman, Koch dan Glover ketika berkongsi imej ‘bahagian gelap’ bulan serta pengalaman masing-masing dengan stesen di bumi. – Foto Agensi

HOUSTON — Kru angkasawan Artemis II yang dilancarkan pada Rabu lalu semakin hampir dengan bulan dan turut berkongsi imej menakjubkan bumi dari angkasa lepas.

Angkasawan agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Christina Koch turut teruja ketika menyaksikan ‘sisi berbeza’ bulan buat pertama kali dari kapsul Orion.

“Ia bukan imej biasa yang saya lihat. Ada ‘bahagian gelap’ yang tidak pernah kami saksikan sebelum ini,” katanya.

Pengalaman serupa turut dirasai tiga lagi kru lain, Reid Wiseman, Victor Glover dan angkasawan Kanda, Jeremy Hansen yang membandingkan apa yang dilihat dengan bahan kajian.

Keempat-empat mereka menyertai ekspedisi selama 10 hari ke bulan yang merupakan program pertama sejak lebih lima dekad lalu.

Kru berkenaan dijangka mencapai jarak maksimum dari bumi kira-kira 406,772 kilometer (km) pada Isnin untuk memecahkan rekod dicatatkan misi Apollo 13 iaitu 400,171km pada 1970. – Agensi

Scroll to Top