SINGAPURA, Aug. 08, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) — [EVOLVE25] – Cloudera, satu-satunya syarikat yang mengintegrasikan teknologi AI dengan data di mana sahaja, hari ini mengumumkan bahawa Krutrim, platform awan berdaulat milik India, kini bekerjasama dengan Cloudera untuk memperkasa analitik berskala besar dan beban kerja tasik data bagi Ola di atas platform Krutrim Cloud. Penyelesaian berasaskan Cloudera itu akan turut tersedia kepada pelanggan perusahaan lain di platform Krutrim dalam masa terdekat.
Perkongsian strategik ini membolehkan Krutrim memanfaatkan sepenuhnya potensi data dan AI untuk mendorong transformasi perniagaan, menambah baik pengalaman pelanggan serta menyokong pembangunan kejuruteraan data lanjutan, latihan AI dan inferens berskala besar.
Krutrim sedang membangunkan infrastruktur awan bersepadu secara menegak yang direka untuk memenuhi keperluan berskala perusahaan, merangkumi pemprosesan, storan, pengurusan data serta aplikasi akhir dikuasakan oleh AI yang disesuaikan untuk pasaran India. Tumpuan tindanan komputasi AI mereka merangkumi model asas bagi teks, suara dan video yang diolah khusus untuk kepelbagaian bahasa dan budaya di India.
Dengan memanfaatkan platform data dan perkhidmatan perundingan Cloudera, Krutrim telah membangunkan penyelesaian untuk memproses set data berskala besar secara masa nyata daripada pelbagai sumber data, sekaligus membolehkan penjanaan maklumat yang lebih pantas dan tepat untuk Ola. Kebolehskalaan dan keselamatan platform ini membolehkan Krutrim menyediakan penyelesaian tasik data berasaskan AI kepada perniagaan, syarikat pemula dan penyelidik di seluruh India.
“Kami komited untuk membina awan India dengan keupayaan bersepadu mendalam yang merangkumi infrastruktur, data dan AI bagi memenuhi keperluan unik pasaran India,” kata Navendu Agarwal, Naib Presiden Kanan dan Ketua Perniagaan, Krutrim. “Dengan Cloudera di platform Krutrim, kerjasama ini memberikan pelanggan kami kebolehskalaan dan prestasi yang diperlukan untuk memperkasa penggunaan tasik data dengan penuh keyakinan, serta membolehkan perniagaan mencipta dan menawarkan penyelesaian kos efektif menerusi awan berdaulat milik India.”
“Visi Krutrim untuk membangunkan infrastruktur AI yang kukuh bagi India sejajar sepenuhnya dengan misi Cloudera untuk membolehkan AI perusahaan yang dipercayai melalui data,” kata Mayank Baid, Naib Presiden Wilayah, India & Asia Selatan, Cloudera. “Dengan Ola Group yang sudah pun menjalankan beban kerja kritikal pada tindanan ini dan bekerjasama dengan pasukan perkhidmatan profesional kami dalam aspek kualiti data, tadbir urus dan akses bahasa semula jadi, kami teruja untuk membangunkan bersama dan melaksanakan rangka kerja penyelesaian yang akan memperluas penggunaan perusahaan secara menyeluruh di India. Perkongsian ini memperkukuhkan lagi kedudukan Cloudera sebagai rakan pilihan untuk transformasi dipacu oleh data di landskap teknologi India yang pesat berkembang. Pembangunan ini menegaskan komitmen Krutrim untuk membina awan bertaraf perusahaan yang mengutamakan India dan memenuhi tuntutan tinggi perusahaan.â
Perihal Cloudera
Cloudera merupakan satu-satunya syarikat platform data dan AI yang dipercayai oleh organisasi besar untuk membawa AI terus ke lokasi data mereka. Tidak seperti penyedia lain, Cloudera menawarkan pengalaman awan yang konsisten dengan penyatuan awan awam, pusat data di premis, dan edge â semuanya berlandaskan asas sumber terbuka yang telah terbukti. Sebagai perintis dalam bidang data besar, Cloudera memperkasakan perniagaan untuk menerapkan AI dan mengawal 100% data mereka dalam semua bentuk, sekaligus menambah baik keselamatan, tadbir urus,serta cerapan masa nyata dan ramalan. Jenama terbesar dunia merentasi pelbagai industri bergantung kepada Cloudera untuk mengubah cara membuat keputusan demi meningkatkan keuntungan, melindungi daripada ancaman, malah menyelamatkan nyawa.
Untuk mengetahui lebih lanjut, layari Cloudera.com dan ikuti kami di LinkedIn dan X. Cloudera dan tanda yang berkaitan merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Cloudera, Inc. Semua syarikat dan nama produk lain mungkin merupakan tanda dagangan milik pemilik masing-masing.
Hubungi
Jess Hohn-Cabana
cloudera@v2comms.com