Kuasa lawak undang padah! Media sosial Jocelyn Chia digantung

Kuasa lawak undang padah! Media sosial Jocelyn Chia digantung

Sejak semalam, kecoh di media sosial mengenai hantaran dikongsikan oleh seorang pelawak yang bukan lagi warganegara Singapura, Jocelyn Chia membuatkan warganet ‘panas hati’.

Mana tidaknya, Jocelyn dikatakan telah membuat jenaka keterlaluan dalam sebuah pementasan komedi berdiri baru-baru ini dengan menyentuh isu sensitif termasuk menyentuh tragedi MH370.

@jocelynchiacomedy

The funniest part was after my set the host asked the Malaysians how they got to nyc and they replied “Singapore Airlines” 😂🇸🇬

♬ original sound – Jocelyn Chia

Terbaharu, hasil tinjauan Oh My Media mendapati, akaun Instagram serta dua akaun Twitter milik Jocelyn kini tidak lagi wujud selepas video pementasan komedi wanita terbabit tular di media sosial.

Difahamkan, ia adalah disebabkan bahan jenaka digunakannya mengguris hati banyak pihak terutama rakyat Malaysia yang bertindak ‘report’ akaun media sosial wanita terbabit.

Namun, akaun TikTok milik Jocelyn masih wujud dan dia memuat naik semula video ‘komedi’ tersebut selepas enam jam ‘ghaib’ daripada platform berkenaan.

Sebelum ini, Jocelyn bertindak menutup ruangan komen di Instagram miliknya selepas diserang pengguna media sosial gara-gara jenaka sensitif dan keterlaluan dibuatnya dengan memetik Malaysia.

Selain membuat perbandingan negara Singapura lebih maju berbanding Malaysia selepas keluar dari pembentukan Tanah Melayu suatu ketika dahulu, Jocelyn juga bertindak menyentuh mengenai kehilangan pesawat Malaysia, MH370, yang didakwa ‘tidak mendarat’ berserta mimik muka mengejek.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Vanu Gopala Menone yang mewakili negara tersebut memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kelakuan pelawak terbabit.

Jelasnya lagi, Jocelyn bukan lagi memegang status sebagai warganegara Singapura dan ia sama sekali tidak menggambarkan pandangan negara terbabit terhadap Malaysia.

Sumber: Instagram @chiacomedy, TikTok @jocelynchiacomedy