PENGENDALI Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak menjangkakan pasukannya bakal diberi tentangan sengit Selangor FC menjelang pertembungan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Ahad ini.Jelas Aidil, Selangor FC yang dibarisi tonggak berpengalaman pasti mahu mengekalkan rekod bersih Kim Pan-gon yang belum tewas dalam sembilan perlawanan berturut-turut sejak mengambil alih pasukan itu 5 Januari lalu.Aidil juga berpendapat pertemuan di Kelana Jaya bakal menyaksikan perlawanan berintensiti tinggi, seiring momentum semasa kedua-dua pasukan.”Perlawanan ini pasti menarik dan sukar kerana kami tahu Selangor bermain di MBPJ dengan sokongan penyokong mereka sendiri,” kata Aidil.Aksi di Stadium MBPJ bakal menjadi medan penentu serta peluang buat Kuching City dan Selangor FC melebarkan jurang mata bagi merebut kedudukan kedua liga musim ini.Kedua-dua pasukan selepas ini sekali lagi bertembung di pentas separuh akhir Piala Malaysia.Berdasarkan rekod lima pertemuan terakhir antara kedua-dua pasukan, Kuching City mencatat tiga kemenangan, manakala Selangor FC hanya catat dua kemenangan.Ketika ini, Selangor FC menghuni tangga kedua Liga Super dengan mengumpul 32 mata, hanya dipisahkan satu mata dengan Kuching City di tempat ketiga dan masih mempunyai satu perlawanan tertunda.Kuala Lumpur (KL) City FC pula berada di tangga keempat dengan 30 mata.



