KUFC sekat JDT berpesta gol di Kelantan

KUFC sekat JDT berpesta gol di Kelantan

Pemain JDT, Oscar Pasero Arribas (kanan) diasak pemain Kelantan United FC, Dominik Balic dalam aksi perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV malam ini. – Foto Bernama

KELANTAN United FC (KUFC) mencipta kejutan apabila berjaya menyekat Johor Darul Takzim (JDT) berpesta gol selepas sekadar meraih dua jaringan ketika bertandang di Stadium Sultan Muhammad IV dalam aksi Liga Super pada Sabtu.

Awal separuh masa pertama menyaksikan percubaan demi percubaan dilakukan oleh pemain pelawat dan tuan rumah, namun tidak membuahkan hasil.

Penjaga gol KUFC, Mohd Shahril Sa’ari dilihat bertenaga dan berjaya menyelamatkan Kelantan selepas beberapa kali pemain JDT cuba melepasi gawang gol.

Perlawanan pada separuh masa pertama diteruskan dengan kedua-dua pasukan berusaha menembusi gawang gol.

Scroll to Top