Kulit Kekal Lembap & Glowing Sepanjang Bulan Ramadan, Boleh Cuba Sapu Masker Yogurt Sebelum Tidur – Hijabista

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Masalah kulit yang sering dialami oleh ramai wanita ketika di bulan Ramadan ialah masalah kulit kering. Kulit kering boleh dilihat daripada perubahan pada kulit seperti timbulnya garis kedut halus terutama di tulang pipi, sekitar mata dan dahi diiringi rasa gatal dan kesan kemerahan pada kulit.

Apabila keadaan ini dibiarkan terlalu lama, sel kulit akan mati hingga mengelupas seterusnya menjadi kusam. Apabila dehidrasi terjadi ketika berpuasa, kerosakan kulit menjadi lebih parah sekiranya langkah pencegahan tidak diambil segera.

Photo by Dhyamis Kleber from Pexels

Ketika bulan Ramadan, tidak dapat dinafikan ramai yang kurang minum air. Cuaca pula agak panas dan kerap pula berada di dalam bilik yang berhawa dingin. Keadaan ini sebenarnya menjadi penyebab kulit menjadi kering.

Ini antara keburukan apabila kulit menjadi kering:
*Garis-garis dan kedutan akan nampak lebih ketara
*Perlindungan untuk kulit uolls akan menurun
*Kulit akan jadi lebih sensitif
*Kulit akan mudah luka dan melecet
*Mudah dijangkiti kuman dan bakteria

Maka sebab itulah anda perlu memastikan kulit sentiasa lembap bagi mengelakkan daripada masalah-masalah ini berlaku. Berikut dikongsikan tip untuk mengekalkan kelembapan kulit sepanjang bulan Ramadn.

Pengambilan air yang mencukupi

Photo by Arnie Watkins from Pexels

Mahu atau tidak, kita perlu minum air masak yang mencukupi sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Caranya, anda boleh minum 2 gelas semasa sahur, 2 gelas semasa berbuka, 2 gelas selepas berbuka dan 2 gelas sebelum tidur. Amalkan secara konsisten bagi memastikan kulit kekal lembap sepanjang tempoh berpuasa.

Elakkan mekap yang tebal

Photo by Anna Shvets from Pexels

Solekan yang minimum sudah memadai berbanding solekan yang tebal. Solekan yang nipis/minimum membantu merehatkan kulit daripada bahan kimia yang terkandung dalam produk kosmetik dan mengelakkan kulit menjadi kering dan rosak.

Kekalkan kelembapan persekitaran

Photo by Anna Shvets from Pexels

Jika anda bekerja di ofis atau tempat yang berhawa dingin, kesegaran kulit muka boleh dikekalkan dengan semburan air mineral atau face mist pada kulit wajah untuk mengelakkan kekeringan. Anda juga boleh meletakkan bekas berisi air di meja (yang tidak ditutup) untuk melembapkan udara.

Guna pelembap dengan lebih kerap

Photo by Sora Shimazaki from Pexels

Jangan lupa untuk menggunakan pelembap wajah bagi mengekalkan kelembapan pada kulit. Anda boleh menggunakannya 2-3 kali sehari. Boleh cuba juga cara ini. Selepas solat, boleh sapukan pelembap wajah supaya kulit kita tidak kering.

Konsisten dengan rutin penjagaan kulit

Pastikan rutin penjagaan kulit diamalkan seperti biasa dan lebih disiplin. Ia bagi memastikan kulit kekal sihat selama menjalankan ibadat puasa dengan rutin membersihkan wajah, eksfoliasi serta melembapkan kulit. Cara ini akan membuatkan kulit terhindar dari masalah kulit yang merosakkan penampilan.

Ambil makanan yang berkhasiat sepanjang bulan puasa

Photo by Jane from Pexels

Selain melakukan penjagaan luar, anda juga boleh menjaga kesihatan kulit dari dalam dengan mengambil makanan kaya serat seperti buah, kekacang, ikan dan makanan berserat agar kulit sentiasa sihat sepanjang bulan Ramadan.

Jangan skip penggunaan sunblock

Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Penggunaan sunblock/sunscreen yang konsisten amat membantu melindungi kulit daripada kulit kusam, pigmentasi, kering dan darkspot. Oleh itu pastikan anda memakai sunblock/sunscreen setiap hari ya!

Pengambilan sumber protein yang mencukupi

Photo by Vlad Chețan from Pexels

Sumber protein merupakan makanan yang terbaik untuk membantu membaikpulih sel kulit yang rosak di samping mencantikkan kulit. Yogurt antara makanan berprotein yang baik untuk kesihatan maka ia elok diambil sepanjang Ramadan ini. Jika dapat menjadikan pengambilan yogurt sebagai amalan sepanjang hayat, ia lebih baik.

Masker yogurt

Photo by Shiny Diamond from Pexels

Kandungan protein yang tinggi dalam yogurt memberi nutrisi pada kulit secara optimum. Ambil ketika bersahur atau berbuka malah jadikan yogurt sebagai masker kulit pada waktu malam hari sebelum masuk tidur agar kulit kekal lembap dan berseri.

HIJABISTA: Selain kulit wajah, kulit badan juga perlu diberi perhatian. Pilih cecair mandian dengan pH seimbang, sesuai dengan keadaan kulit anda. Elakkan daripada menggunakan sabun yang sifatnya terlalu kuat dan boleh mengeringkan kulit.

Sumber kredit: Rafaela Beaute Top image: Photo by Chloe Amaya from Pexels Photo by Andrea Piacquadio from Pexels