Kumpulan Penentangan Islam Iraq serang Zionis Israel 

Kumpulan Penentangan Islam Iraq serang Zionis Israel 
Kumpulan Penentang Islam Iraq menyerang penempatan tentera Israel di Semenanjung Gaza demi solidariti terhadap Palestin dan Lubnan. (FOTO: Shafaq)
– Advertisement –

BAGHDAD: Kumpulan Penentangan Islam di Iraq menyerang sasaran penting di wilayah Palestin yang diduduki tentera Zionis Israel menggunakan peluru berpandu jelajah.

Dalam kenyataannya pada lewat Selasa, ia berkata, serangan peluru berpandu Al’Arqab itu menyasarkan lokasi penempatan tentera Zionis Israel yang di wilayah Palestin dalam Semenanjung Gaza.

“Demi menyokong rakyat Palestin dan Lubnan yang tertindas, yang kini berada di bawah serangan berat musuh Zionis Israel, kami menyasarkan sasaran penting di utara wilayah yang diduduki dengan peluru berpandu jelajah Al’Arqab,” kata kenyataan itu.

– Advertisement –

Sumber Zionis pula melaporkan bahawa siren penggera berbunyi berikutan serangan peluru berpandu itu.

Tiada laporan segera mengenai kemungkinan kematian, lapor MNA.

Terdahulu, kumpulan Penentangan Islam Iraq telah melancarkan serangan ke atas sasaran Israel sejak rejim pendudukan memulakan perang genosid ke atas Gaza pada awal 2023 lagi.

Ia  juga sebelum ini  telah menyerang pangkalan tentera Amerika di Iraq dan negara jiran, Syria sebagai tindakan balas terhadap sokongan Washington terhadap pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza.

Israel telah melancarkan serangan kejam terhadap Gaza, menyasarkan hospital, kediaman, dan rumah ibadat selepas gerakan Penentangan Palestin melancarkan serangan mengejut, digelar sebagai Operasi Ribut Al-Aqsa, pada 7 Oktober 2023. – Agensi/– HARAKAHDAILY 25/9/2024

– Advertisement –

Scroll to Top