Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi menegur segelintir pihak yang bertindak seakan-akan mengetahui kehidupannya.
Menerusi perkongsian di Threads, Abby atau nama lengkapnya, Arbaiyah Abdul Manan menjelaskan, perkara ini tiada kaitan dengan isu yang dimuat naik di platform Instagram sebelum ini sebaliknya menegur tindakan sesetengah pihak yang suka menghakimi orang lain tanpa mengetahui perkara sebenar.
“Sibuk nak menulis pasal kehidupan orang padahal bukan tahu apapun. Saya update ni hal baru la… Dan ada sebab saya share.
“Kalau baca saja tak buleh? Kenapa mesti nak ulas panjang-panjang? Tak payah beria ulas-ulas lah. Sebab memang awak taktahu apa-apa.
“Dan saya pun tak bercerita semua benda. Tak support tak apa.. tapi kurangkan memandai ok.. masing-masinh ada ujian dan ujian saya dengan awak berbeza.. Tak payah menulis macam hidup tu sempurna sangat okay,” katanya.

Manakala, dalam hantaran berlainan pula, Abby turut menegur tindakan segelintir pihak yang sesuka hati menegur dan memaki anaknya.





