KUSKOP Bantu 5 Syarikat Malaysia Raih Perjanjian Di Arab Saudi Bernilai RM2 Billion

KUSKOP Bantu 5 Syarikat Malaysia Raih Perjanjian Di Arab Saudi Bernilai RM2 Billion

Oh! Negara

KUSKOP bantu lima syarikat Malaysia capai perjanjian hampir RM2 bilion di Arab Saudi.


Usaha kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) membuahkan hasil apabila lima syarikat Malaysia bakal memuktamadkan perjanjian bernilai hampir RM2 bilion sempena Makkah Halal Forum 2026 yang berlangsung dari 14 hingga 16 Februari ini.

Syarikat-syarikat tersebut ialah Jaman Tory Group Sdn Bhd, A&A Empire Sdn Bhd (Bokitta), Agro 19 Berhad, Ramly Food Processing Sdn Bhd dan Ayamas Integrated Poultry Industry Sdn Bhd.

Bukan sekadar pameran, tapi bimbing hingga berjaya

Steven

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong, pendekatan kali ini berjaya membantu syarikat Malaysia merealisasikan potensi nilai jualan yang mencecah billion ringgit melalui padanan strategik bersama rakan niaga di Mekah.

Ini bukan setakat pergi buat pameran dan penerokaan, tapi buat pertama kalinya, KUSKOP melalui Bank Rakyat melaksanakan program bimbingan dan pengupayaan (‘hand holding’) memadankan perniagaan Malaysia dengan pasaran eksport sehingga berjaya.

Steven Sim turut menjelaskan bahawa Arab Saudi, yang menerima lebih 30 juta pelawat antarabangsa setiap tahun, adalah lokasi strategik untuk memperkenalkan produk dan jenama Malaysia, terutamanya dalam ekosistem halal.

Dapat sokongan Bank Rakyat

Kuskop

Bank Rakyat turut menyokong program ini melalui penyediaan kemudahan pembiayaan kepada syarikat-syarikat yang terlibat, bagi mengukuhkan keupayaan kewangan mereka dalam mengembangkan pasaran ke Timur Tengah.

Kelima-lima syarikat ini merupakan pelanggan sedia ada dalam ekosistem Bank Rakyat dan dipilih berdasarkan kesediaan eksport serta potensi pertumbuhan antarabangsa.

Kejayaan ini hanyalah permulaan kepada program rintis yang akan diteruskan bagi membantu lebih banyak Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) menembusi pasaran antarabangsa selaras dengan Strategi ABCD yang diperkenalkan oleh YB Menteri.

Pssttt! Inilah bukti bahawa dengan bimbingan dan sokongan tepat daripada kerajaan, syarikat tempatan mampu melangkah jauh. Diharapkan lebih banyak PMKS dapat bangkit dan berani menyahut cabaran untuk menembusi pasaran luar negara.

Kredit: Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top