Sejak akhir-akhir ini, nama usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri menjadi bualan netizen gara-gara video terbaharunya yang memaparkan tarian tidak senonoh bersama penyanyi kontroversi, Baby Shima telah mengundang kemarahan ramai pihak.
Pelbagai nasihat telah diberikan kepada usahawan yang berusia 35 tahun itu namun, dia seakan tidak pernah serik dengan perbuatannya itu demi meraih populariti.
Terbaharu, menerusi video yang dimuat naik oleh Shima di laman TikToknya, kelihatan Shima sedang menyandar di dinding berhadapan dengan tubuh Aliff dengan jarak yang sangat hampir.
@babyshimaofficial Baby Syg @aliffsyukriterlajaklaris #babyshima #aliffsyukri #fyp




Rata-rata netizen hanya mampu ‘bertepuk dahi’ apabila melihat tindakan dua selebriti itu yang seperti tidak kalis menerima kecaman berkenaan video sebelum ini.
Susulan itu, majoriti netizen turut tertanya-tanya bagaimana perasaan isteri kepada usahawan itu, Nur Shahida apabila melihat kelakuan yang memalukan suaminya itu.











Bagaimanapun, disebalik persoalan yang dilemparkan oleh netizen, ada juga di antara mereka yang mendoakan dua selebriti itu untuk kembali ke pangkal jalan.





Sehingga kini, Aliff masih mengunci mulut dan tidak memberi sebarang kenyataan susulan muzik videonya itu meskipun dia dikecam teruk oleh orang ramai di laman sosial.
Sumber: TikTok @babyshimaofficial, Instagram @aliffsyukriterlajaklaris





