am@hmetro.com.my
Kapar: Satu lagi kejadian tembakan berlaku apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda dipercayai ditembak individu tidak dikenali di Jalan Mahang, Meru, petang tadi.
Dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya enam das tembakan dipercayai dilepaskan ke arah kenderaan terbabit, menembusi cermin hadapan bahagian pemandu.
Gambar kejadian yang tular di media sosial menunjukkan kesan tembakan jelas kelihatan pada kenderaan berkenaan.
Setakat ini, tiada pengesahan rasmi dikeluarkan berhubung sebarang kecederaan atau motif kejadian.
Insiden terbaharu ini berlaku tidak lama selepas susulan kes tembakan membabitkan dua lelaki tempatan yang maut di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras, Kuala Lumpur, malam Selasa lalu.
Harian Metro sedang berusaha mendapatkan maklum balas daripada pihak berkuasa berkaitan insiden terbaharu ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd