Lagi Kes Kematian Anggota Tentera, Uji Kesabaran MINDEF

Lagi Kes Kematian Anggota Tentera, Uji Kesabaran MINDEF

Oh! Negara

Kes kematian anggota tentera di Bentong, MINDEF beri amaran tiada kompromi terhadap salah laku dalam ATM.


Kementerian Pertahanan mengesahkan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku susulan kes kematian seorang anggota Tentera Darat Malaysia di Bentong, Pahang.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut meluahkan rasa dukacita atas pemergian Prebet Muhammad Amirul Raziq Rosafindi dan menyampaikan takziah kepada keluarga mangsa.

Ohmedia faham, situasi macam ni memang beri kesan besar bukan saja pada keluarga, tapi juga imej pasukan keselamatan negara.

MINDEF pandang serius kes kematian Prebet Muhammad Amirul

Menurut Mohamed Khaled, kementerian memandang serius kejadian ini dan tidak akan berdiam diri jika wujud unsur keganasan atau pelanggaran disiplin dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Tiadanya kompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat. Kes ini kini dalam proses perundangan dan akan ditentukan sepenuhnya oleh mahkamah mengikut lunas undang-undang.- Katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa sebarang salah laku seperti ini tidak mencerminkan nilai integriti serta profesionalisme yang sepatutnya ada dalam ATM.

Arahan perketat disiplin dalam ATM

Dalam masa sama, MINDEF memberi jaminan bahawa keadilan akan ditegakkan sepenuhnya. Arahan juga telah dikeluarkan supaya pihak tentera memperkukuh disiplin dan integriti bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman juga menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka diberikan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini.

Untuk rekod, mangsa dilaporkan parah selepas dipercayai dipukul suspek dalam satu kejadian pada 31 Mac lalu. Difahamkan, kejadian berpunca daripada ketidakpuasan hati berkaitan tugasan pembersihan di kem.

Siasatan awal mendapati seorang anggota Pegawai Tidak Tauliah Rendah menggunakan kekerasan dengan menampar dan menumbuk tujuh anggota lain di bahagian muka dan perut.

Pssttt! Kes macam ni memang berat dan menyedihkan. Korang ingat, walau dalam apa jua situasi pun, emosi kena kawal dan jangan sesekali guna kekerasan. Hormat sesama manusia itu penting, lebih-lebih lagi bila kita bawa nama pasukan dan negara.

Kredit: MINDEF
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top