nurul_husna@mediaprima.com.my
SEBUAH rumah lebih daripada sekadar ruang kerana ia cerminan identiti, nilai dan kenangan dalam kehidupan pemilik mahupun penghuninya.
Menerusi kempen terbaharu iaitu Lakaran Malaysia, Harvey Norman mempelawa pemilik kediaman meneroka potensi ruang kediaman berlandaskan kekayaan warisan, budaya dan seni kontemporari Malaysia.
Kempen unik dihasilkan dengan kolaborasi Toko Art Gallery itu mengubah fungsi perabot kepada karya penuh ekspresif mengenai budaya dan kebanggaan identiti tempatan.
Setiap rekaan dihasilkan dengan tujuan memberi inspirasi, mencetuskan perbualan dan meraikan identiti Malaysia dalam kediaman moden.
Memperkenalkan Koleksi Sulung: Siri The Promised Garden
Siri The Promised Garden itu mendapat sentuhan artis kontemporari Malaysia, Najib Ahmad Bamadhaj.
Rekaan yang terinspirasi daripada bentuk organik dan elemen simbolik seperti rama-rama biru bertujuan menghadirkan suasana tenang ke dalam kediaman.
Kempen ini secara tidak langsung memperlihatkan karya seni bukan yang hanya berfungsi sebagai hiasan.
Sebaliknya ia diadaptasi dalam perincian perabot dengan teliti sesuai untuk kegunaan harian.
Rekabentuk itu mengharmonikan elemen ekspresi artistik dengan keselesaan, menghasilkan naskah karya seni dalam perabot yang bukan sahaja menarik secara visual malah boleh digunakan.
Ia membuktikan satu bentuk seni yang boleh dihuni, dinikmati bersama dan benar-benar boleh dirasai sendiri oleh penggunanya.
>b>Perabot yang Menceritakan Kisah
Koleksi Lakaran Malaysia juga digerakkan oleh kepercayaan bahawa perabot harus mewujudkan hubungan dan mencetuskan perbualan.
Menerusi kolaborasi ini juga, Harvey Norman menyokong karya artis Malaysia yang membawa aliran identiti budaya ke dalam kediaman moden secara semula jadi, relevan dan malar segar.
Koleksi perabot unik ini juga didatangkan dalam edisi terhad dan setiap rekaan memiliki keunikan tersendiri bagi memenuhi citarasa pemilik kediaman yang menghargai estetika serta para pengumpul. Setiap unit disertakan dengan sijil ketulenan bagi menjamin keaslian dan nilai koleksi itu.
Direka untuk Gaya Hidup Moden
Fabrik Mudah Dibersihkan dan Mesra Haiwan Peliharaan.
Walaupun menampilkan ekspresi artistik, koleksi ini direka untuk kesesuaian kehidupan harian sebenar.
Perabot terbabit dibalut dengan fabrik mudah dibersihkan dan mesra haiwan peliharaan, sekali gus membolehkan pemilik rumah menikmati naskah seni tanpa kompromi.
Jaminan 10 Tahun untuk Rangka Kayu Padu
Di sebalik keindahan artistik, ketahanan masih menjadi keutamaan dalam koleksi perabot ini.
Setiap rekaan dibina menggunakan rangka kayu padu dan disokong dengan jaminan selama 10 tahun untuk memastikan keselesaan serta kualiti berkekalan.
Jadikannya Milik Anda yang Unik
Pemilihan perabot dalam ruang mencerminkan gaya pemilik. Bagi menambahkan seri dan estetik dalam tatarias koleksi sofa, kerusi berlengan, bangku atau kabinet, koleksi aksesori atau perincian fabrik The Promised Garden I atau II memberi kelebihan dalam sudut itu.
Setiap pilihan fabrik juga membawa interpretasi seni dan kedalaman emosi tersendiri secara tidak langsung mengubah perabot harian menjadi pernyataan yang mencerminkan cita rasa, kisah dan personaliti pemilik kediaman.
Perayaan Ketukangan, Budaya dan Kediaman
Lakaran Malaysia juga meraikan kerja pertukangan dan hasil seni dalam kehidupan seharian.
Ia mengingatkan dalam rumah yang dihuni memiliki elemen peribadi, bermakna dan berhubung dengan akar budaya.
Kempen Lakaran ini hanya berlangsung tempoh terhad sahaja, kempen Lakaran Malaysia x Toko Art Gallery boleh dialami secara eksklusif di cawangan Harvey Norman terpilih di seluruh Malaysia.
– Harvey Norman Mid Valley KL (Flagship Store)
– Harvey Norman IPC Shopping Centre
– Harvey Norman IOI City Mall, Putrajaya
– Harvey Norman Pavilion Bukit Jalil
– Harvey Norman KL East Mall
– Harvey Norman Gurney Plaza, Pulau Pinang
– Harvey Norman Mid Valley Southkey, Johor Bahru, Johor
– Harvey Norman Vivacity Megamall, Kuching, Sarawak
Untuk maklumat lanjut, boleh layari
www.harveynorman.com.my
© New Straits Times Press (M) Bhd




