am@hmetro.com.my
Shah Alam: Laluan FT1208 Jalan Sungai Buaya, Hulu Selangor yang dibuka pada 29 November lalu, ditutup kepada semua pengguna jalan raya bermula hari ini.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Hulu Selangor berkata, penutupannya susulan berlaku kejadian teknikal yang berlaku di kawasan tanah runtuh.
Katanya, penutupan bermula dari Seksyen 0.9 (Simpang Jalan Bunga Melor) hingga Seksyen 3 (Simpang Tol Sungai Buaya).
Penutupan ini bermula pada jam 3 petang hari ini dan pembukaan semula akan dimaklumkan.
“Pengguna jalan raya adalah dinasihati menggunakan laluan alternatif,” katanya menerusi kenyataan.
Terdahulu, media melaporkan laluan terbabit ditutup selepas cerun runtuh pada 24 November lalu.
© New Straits Times Press (M) Bhd




