Lama Tiada Konten Mesra Bersama, Rumah Tangga Pasangan Pempengaruh Terkenal Didakwa Bergolak? | Trending – Oh! Media

Lama Tiada Konten Mesra Bersama, Rumah Tangga Pasangan Pempengaruh Terkenal Didakwa Bergolak? | Trending – Oh! Media

Trending

Pasangan pempengaruh popular dikatakan sedang hadapi masalah rumah tangga selepas semua gambar dan konten mesra bersama hilang dari media sosial.


Salah satu pasangan pempengaruh terkenal di media sosial kini menjadi perhatian netizen selepas timbul dakwaan bahawa hubungan rumah tangga mereka sedang dilanda masalah.

Menurut laporan Beautifulnara, kalau dulu, pasangan ini sering berkongsi konten mesra dan penuh kebahagiaan, tapi sejak kebelakangan ini, semua posting bersama sudah ‘hilang’ dan aktiviti di media sosial masing-masing juga semakin sepi.

Tiada lagi gambar bersama, akaun pun dah kosong?

Pasangan

Perubahan mendadak itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat. Ada yang perasan gambar-gambar berdua sudah dipadam, dan mereka tidak lagi muncul bersama dalam sebarang video atau content seperti sebelum ini.

Malah, ada yang mula membuat perbandingan dengan fenomena selebriti luar negara seperti pasangan terkenal dari Indonesia yang pernah mengalami perkara sama iaitu tanda-tanda awal sebelum umumkan perpisahan.

Pempengaruh masih berdiam diri

Ilustrasi pasangan123

Namun, sehingga kini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh mana-mana pihak dan pempengaruh terbabit juga masih berdiam diri.

Pssttt! Media sosial hanya sebahagian kecil dari realiti sebenar hidup seseorang. Jangan mudah buat spekulasi dan doakan yang baik-baik, kerana kita tak tahu cerita sebenar di sebalik setiap senyuman yang dipamerkan.

Kredit: Beautifulnara
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top