Lamaran ditolak, tular video lelaki bunuh pelajar Mesir di depan universiti

Lamaran ditolak, tular video lelaki bunuh pelajar Mesir di depan universiti

Gara-gara cinta ditolak, seorang lelaki hilang kewarasan apabila bertindak membunuh gadis yang disayanginya dalam satu kejadian di sebuah universiti di Mesir, pagi Isnin.

Menerusi laporan Egypt Independent, suspek didakwa menyerang mangsa di hadapan pintu pagar universiti yang sewaktu itu dalam perjalanan ke perhentian bas untuk pulang ke rumahnya di wilayah Gharbeya.

Difahamkan, suspek yang juga pelajar jurusan seni tahun tiga itu didakwa β€˜menyembelih’ mangsa dengan pisau ketika orang ramai cuba menghalangnya daripada melakukan perbuatan tersebut.

Bagaimanapun, dia hanya berjaya ditangkap oleh pengawal keselamatan dan beberapa orang awam setelah bertindak agresif dengan cubaan untuk menamatkan riwayat gadis berkenaan.

Menurut saksi, suspek bengang kerana lamaran untuk mengahwini mangsa ditolak sebelum mengambil keputusan membalas dendam selain pernah mengugut bagi membunuh mangsa sebelum ini.

Mangsa dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal, namun meninggal dunia sebelum tiba untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Kejadian itu tular dalam kalangan warganet negara terbabit yang meluahkan rata simpati terhadap mangsa serta berharap suspek mendapat hukuman setimpal.

Sumber: Egypt Independent , Twitter