Lamine Yamal: Liga Negara UEFA bukan penentu Ballon d'Or

Lamine Yamal: Liga Negara UEFA bukan penentu Ballon d'Or

Stuttgart: Bintang muda Sepanyol, Lamine Yamal, menegaskan bahawa pertembungan separuh akhir Liga Negara UEFA menentang Perancis bukan penentu siapa layak menang Ballon d’Or tahun ini.

Yamal, 17, yang beraksi cemerlang untuk Barcelona dan La Roja musim ini, akan turun menentang Ousmane Dembele dari Paris Saint-Germain dalam aksi Final Four, dengan pemenang bakal berdepan Jerman atau Portugal di final.

“Saya yakin kami akan menang, tapi menang atau kalah, saya tetap undi untuk pemain terbaik musim ini. Kalau saya atau Dembele cedera hari tu, siapa yang patut menang? Pemain yang main hari Ahad?.

“Kalau awak nak beri Ballon d’Or, awak nak beri pada siapa iaitu pemain terbaik musim ini atau pemain yang menang pada hari Khamis?.

“Saya akan beri kepada pemain terbaik musim ini… dan saya undi diri saya sendiri,” kata Yamal dalam satu temubual dengan stesen Cadena COPE

Dembele, 28, telah merangkul treble berprestij iaitu Ligue 1, Piala Perancis dan Liga Juara-Juara selain turut meledak 35 gol untuk kelab dan negara.

Yamal pula menyinar bersama Barca dengan memenangi LaLiga, Copa del Rey dan Piala Super Sepanyol, serta menyumbang 19 gol dalam semua kejohanan walaupun baru mencecah usia 17 tahun.

Ballon d’Or 2025 akan menilai prestasi dari 1 Ogos 2024 hingga 31 Julai 2025, dengan senarai calon diumumkan awal Ogos dan majlis anugerah berlangsung pada 22 September di Paris.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top