Trending
Lawak ‘double meaning’ Lan Pet Pet terhadap Fazura cetus kecaman netizen. Ramai anggap keterlaluan dan tidak sesuai.
Tindakan anggota Senario, Lan Pet Pet yang didakwa melontarkan lawak berunsur lucah terhadap pelakon terkenal Fazura telah mencetuskan kecaman hebat daripada netizen.
Isu itu tercetus selepas satu potongan klip siaran langsung di TikTok tular dan menjadi perbualan ramai di media sosial.
Soalan kahwin kepada Fazura cetus ‘jawapan’ tak senonoh
Menerusi klip berkenaan, pemilik nama Mazlan Ahmad, 56, dilihat menghadiri sesi perjumpaan bersama peminat bagi sebuah jenama pakaian.
Dalam sesi tersebut, seorang individu bertanyakan kepada Fazura mengenai perancangan perkahwinannya, namun aktres itu menjelaskan bahawa buat masa ini dia tidak memikirkan perkara tersebut.
Soalan itu kemudiannya menarik perhatian Lan yang memberikan jawapan berunsur ‘double meaning’.
Hampa tunggu sat…bagi dia ‘kering’ dahulu. Baru dua tahun (bercerai), bagi masuk tiga tahun bagi dia ketat sikit…
Netizen anggap Lan Pet Pet keterlaluan dan tak beradab

Klip berkenaan pantas mengundang reaksi negatif, dengan rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan pelawak tersebut.
Segelintir netizen menyifatkan bahasa yang digunakan Lan adalah tidak sesuai, apatah lagi melibatkan seorang wanita dan disampaikan dalam platform terbuka.
Pssttt! Bergurau ada batasnya. Hormati individu lain, lebih-lebih lagi di ruang awam dan media sosial, kerana kata-kata yang dianggap ‘lawak’ boleh melukai perasaan orang lain.
Kredit: Oh Bulan | Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.



