Anggota kumpulan Senario, Lan Pet Pet, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pelakon dan usahawan Nur Fazura selepas dia mencetuskan reaksi negatif dalam kalangan penonton ekoran satu gurauan yang dikatakan mempunyai unsur kurang sesuai terhadap pelakon itu, baru-baru ini.
Dalam sebuah rakaman video yang dikongsi di laman sosial TikTok, Lan Pet Pet berkata dia sama sekali tidak sedar bahawa jenaka yang dilontarkan itu menyinggung perasaan pelantun lagu Sayangi Dirimu itu.
“Kepada Fazura, Abang Lan minta maaf daripada hujung rambut sampai hujung kaki. Dalam sedar tak sedar saya membuat lawak ada benda yang menyentuh hati dan perasaan Fazura,” katanya.
Lan turut menjelaskan bahawa niatnya langsung tidak berniat untuk menghina mana-mana pihak, apatah lagi terhadap Fazura.
@xtra_my Pelawak Lan Pet Pet tampil memohon maaf secara terbuka kepada Fazura susulan isu lawak l*cah yang tular baru-baru ini. Lan menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang niat tidak baik. Menerusi perkongsian di Threads, Fazura turut memaklumkan bahawa beliau telah memaafkan Lan Pet Pet, sekali gus menamatkan spekulasi dan meredakan keadaan. #fyp #xtra #lanpetpet #mohonmaaf #fazura ♬ original sound – XTRA
“Kepada semua peminat Fazura dan Senario, saya langsung tidak mempunyai niat apa pun. Demi nama Allah, saya ini manusia biasa.
“Sekali lagi saya minta maaf, saya terlepas cakap dan saya memang tidak sedar dengan suasana pada ketika itu,” katanya lagi.

Menurutnya, dia hanyalah seorang yang biasa dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan seperti orang lain.
Permohonan maaf itu dibuat selepas video berkenaan menjadi tular dan mengundang kecaman daripada sebahagian netizen yang menilai gurauan tersebut sebagai tidak sensitif.




