Susulan ketelanjuran kata ketika sesi siaran langsung sebelum ini, pelawak Lan Pet Pet dikatakan tidak berhenti memohon maaf kepada Nur Fazura.
Menerusi video siaran langsung yang dimuat naik semula oleh netizen, Lan dilihat tidak berhenti memohon maaf kepada Fazura sejak pagi tadi.
BACA: “Untuk Fazura, Saya Minta Maaf Dari Hujung Rambut Sampai Hujung Kaki”
“Daripada pagi tadi sampai sekarang, Kak Lina tolong lah jadi pendamai,” kata Fazura.
Turut menjadi perhatian reaksi Fazura yang mengatakan wanita akan jadi lembut hati jika suami pandai memujuk.
“Kalau suami isteri, kalau suami pujuk, isteri tak jadi cerai,” katanya.




