Dia bagaimanapun meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang bukan mata keranjang atau kaki perempuan.
Bukan itu sahaja, suaminya juga tidak suka pada perempuan yang berpakaian terlalu terdedah.
“Alhamdulillah, saya bersyukur dikurniakan Allah suami yang baik selepas beberapa kali gagal dalam perhubungan.
“Malah, suami juga sentiasa mendahulukan isteri dan anak-anak dalam apa juga keadaan,” luahnya.
Terdahulu, media melaporkan pelakon Lana Nodin bersyukur apabila suaminya mudah terima ajaran Islam selain sangat berdisiplin dalam menunaikan ibadah solat selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.
Sekadar info, Lana mendirikan rumah tangga dengan David atau nama Islamnya, Mohd. Daud pada 15 Mei 2015 iaitu setahun selepas lelaki itu memeluk agama Islam.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Gia Quinn McKienzie, 9 , dan William Daud McKienzie, 6.
Sumber: Harian Metro (Ramlah Zainal)




