Lana Nodin Selar Tindakan Fazura Terhadap Fattah Amin | Oh! Media

Lana Nodin Selar Tindakan Fazura Terhadap Fattah Amin | Oh! Media

Pelakon, Lana Nodin tampil bersuara dan menyelar tindakan yang dilakukan Fazura selepas keluar dari mahkamah mengenai kes perceraiannya dengan Fattah Amin semalam.

BACAPekin Dedah Perangai Sebenar Fattah Amin Ketika Di Set Penggambaran

Menerusi satu hantaran di Instagram sebuah portal hiburan, Fazura dinasihatkan supaya tidak membuka aib Fattah dan bersikap matang komen Lana.

Jika kau cukup matang lebih baik kau tutup mulut daripada membuka aib bapa kepada anak kau sendiri.

Nanti bila budak tu dah besar dia tengok buat malu sahaja. Kata nak berpisah cara baik tapi kenapa nak buat penjelasan dan buka aib. Nanti bila orang buka aib kau baru tahu.

Bukan tu jer, Fazura yang sibuk membuka aib dan cerita kepada umum mungkin menunjukkan yang dia sebenarnya bukanlah mangsa dalam perceraian ini kata Lana lagi.


Scroll to Top