Lana Nodin Terharu Suami Ajak Ke Masjid Lepas Tengok Wayang

Lana Nodin Terharu Suami Ajak Ke Masjid Lepas Tengok Wayang

Pelakon Lana Nodin meluahkan rasa terharu apabila suaminya, David McKienzie yang juga seorang mualaf mengajak mereka sekeluarga menunaikan solat di masjid selepas menonton wayang.

Menerusi perkongsian di Instagram, Lana berkata dia tersentuh hati serta berharap agar agar hidayah yang diberikan Allah kekal berpanjangan buat suami, anak-anak, dan dirinya sendiri. 

BACA: “Sebelum Kau Kena Saman, Baik Kau Diam” – Lana Nodin

“Tersentuh hati bila suami yang muallaf ajak kita ke masjid selepas selesai tengok wayang. Terima kaih Allah. Semoga Allah berikan hidayah terbaik ini untuk suami, anak-anak dan diri sendiri.

“Teruskan istiqamah,hidayah itu mahal (happy dia bila nak ke masjid, siap menari lagi),” tulisnya.

Perkongsian Lana itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar rumah tangga pasangan itu akan terus dipelihara.

Untuk rekod, suami Lana iaitu David memeluk Islam dengan nama Mohd Daud McKinzie, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 15 Mei 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.


Scroll to Top