Landasan terbaik menuju Oman

Landasan terbaik menuju Oman

Mirnawan (belakang, tengah) memantau skuad Speedy Tigers dalam aksi pemanas badan di Auckland, New Zealand baru-baru ini.

SKUAD hoki Malaysia memperoleh pengalaman berguna menerusi aksi pemanas badan di Auckland, New Zealand selama seminggu berakhir Ahad lalu.

Siri jelajah tersebut penting buat barisan kejurulatihan untuk menilai prestasi sebenar skuad Speedy Tigers menjelang pusingan Kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Muscat, Oman pada Januari depan.

Pengurusnya, Datuk Mirnawan Nawawi berkata, selepas Sukan Asia Hangzhou 2022 pada Oktober, lima aksi persahabatan menentang New Zealand dan Korea Selatan ‘membuka mata’ pasukan untuk meningkatkan lagi keupayaan daripada segenap sudut.

Beliau berkata, menerusi perlawanan tersebut meletakkan The Speedy Tigers di landasan terbaik untuk memburu tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Scroll to Top