Langkah kanan JDT di ACC

Langkah kanan JDT di ACC
Pemain JDT, Hector Alejandro Havel Serrano (tengah) cuba merampas bola yang dikawal pemain Lion City Sailors FC, Rui Miguel Guerra Pires (dua dari kanan) pada perlawanan Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee 2024/25 di Stadium Sultan Ibrahim pada Khamis. Foto Bernama

Pemain JDT, Hector Alejandro Havel Serrano (tengah) cuba merampas bola yang dikawal pemain Lion City Sailors FC, Rui Miguel Guerra Pires (dua dari kanan) pada perlawanan Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee 2024/25 di Stadium Sultan Ibrahim pada Khamis. Foto Bernama

[DIKEMAS KINI] Skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan langkah kanan dalam saingan Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) 2025/26 apabila menewaskan Lion City Sailors 3-1 di Stadium Sultan Ibrahim pada Khamis.

Kedua-dua pasukan bermula baik dengan melancarkan asakan ke pintu gol lawan dalam usaha membuka jaringan.

Namun, skuad Harimau Selatan lebih dahulu menggegarkan gawang lawan apabila tonggak import, Joao Figueiredo, menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-11 selepas seorang lagi tonggak import, Jairo Da Silva, dikasari dalam kotak penalti.

Gol pembukaan itu menyemarakkan semangat tuan rumah yang terus mengasak hebat ke gawang pelawat bagi menambah jaringan.

Hasilnya, Figueiredo sekali lagi menggamatkan stadium apabila merembat deras untuk gol kedua tuan rumah pada minit ke-16.

Ketinggalan dua gol memaksa Lion City Sailors memperkemaskan asakan ke gawang tuan rumah bagi merapatkan jurang.

Bagaimanapun, kesemua percubaan mereka gagal menepati sasaran selain berjaya dipatahkan benteng pertahanan atau diselamatkan penjaga gol, Andoni Zubiaurre.

Tuan rumah turut gagal menambah jaringan biarpun mengasak hebat ke gawang lawan pada penghujung babak pertama.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan menggandakan asakan bagi menambah jaringan.

Hasil serangan balas skuad The Sailors akhirnya membuahkan hasil apabila pemain gantian, Muhammad Syawal Anuar, menjaringkan gol saguhati buat pelawat pada masa kecederaan.

Namun, Arif Aiman Hanapi memastikan kemenangan JDT apabila meledak gol ketiga, hanya beberapa detik sebelum wisel penamat, sekali gus mengesahkan kemenangan bergaya 3-1 skuad Harimau Selatan.

Scroll to Top